Aku Homesick~~

Assalamualaikum. Hai.

 
Bila umur dah dah tua dan menginjak ke angka 24 neh tetiba jek aku rasa nak balik ke masa-masa dulu. masa aku remaja, masa aku kanak-kanak, rindu masa aku dizaman kegemilangan dulu...heppp...ko hengat ko artis ke hape maria oi. maria adalah nama aku. dan aku adalah maria. serius aku rindu semua benda-benda tuh.
    1. Aku rindu untuk duduk dirumah, bertempek dan berkepit dengan mak abah aku.
    2. Aku rindu nak bergaduh dan bergasak dengan adik aku berebut remote tv.
    3. Aku rindu nak dengar mak aku membebel-bebel kat aku.
    4. Aku rindu nak kena piat telinga dan kena sebat dengan hanger sebab lewat bangun sembahyang subuh.
    5. Aku rindu nak hang out dengan kawan-kawan sekolah aku walaupun hanya di kedai makcik goreng pisang jek.
    6. Aku rindu nak kena marah dengan abah aku sebab nakal gila.
    7. Aku rindu nak bertenggek dekat beranda depan rumah sambil bergosip dengan adik aku.
    8. Aku rindu nak duduk bawah pokok jambu sambil makan asam mangga.
    9. Aku rindu nak naik motosikal sambil ronda-ronda kampung sampai lebam.
    10. Aku rindu nak makan bubur nasi yang makcik dekat simpang batu 11 tu punya. meletOp.
    11. aku rindu dengan keadaan otak aku yang dulu dimana tak punya masalah dan fresh jek.
    12. Aku rindu nak tido pelok mashimaro aku.
    13. Aku rindu nak makan bersuap dengan mak aku.
    14. Aku rindu nak drive kereta keluar berpoya-poya dengan adik aku.
    15. Aku rindu nak shopping sampai mabok dekat rantau panjang.

Sekarang aku ada masalah disini dimana aku tak dapat menyesuaikan diri walaupun dah setahun 5 bulan aku menetap di Shah Alam kesayangan si gumOk aku tuh. aku tetap tak dapat menerima situasi ini. Shah Alam bukan tempat untuk orang macam aku okay. aku orang kampung. aku nak duduk kampung. aku suka kampung. Shah Alam...boleh tak kalau kau pergi jauh-jauh dari hidup aku. sebab aku tak suka kau laa...paham tak?
 
notakukukakiku : boleh tak kalau saya nak semua tu?sila jawab....



No comments:

Post a Comment