Perempuan Itu

Masa aku amik pix neh, aku rasa diri aku macam hana tajima....jom muntah ramai2...weeekkksss...


Adakah aku nampak ganas?
Adakah aku nampak samseng??
Adakah aku nampak ketua kongsi gulap???
Bila tengok gambar neh ada orang cakap aku macam :

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
NAMPAK MACAM PEREMPUAN SIHIR

haha...sadis betol aku rasa. muka test market camni, boleh pulak dia cakap macam witch.
Okey laa...aku nak g belajar ilmu minyak senyoyong jap lagi. mana tahu dapat ngorat fahrin ahmad.



Yahoo Gila

Yahoo punya emel gila hari ni. dah satos pat belas kali aku emel, kau tetap tak dapat-dapat jugak. dah! jangan suruh aku emel lagi.


aku rasa Farid Kamil amat smart, hensem, kacak, macho dan bergaya dalam pix neh. tapi aku lagi tertarik pada Lisa Surihani. dia amat comel. Lisa jom keluar date dengan i nak??

notakukukakiku : aku rindu dekat ex boyfriend aku..damn!

Kondom Plastik

Assalamualaikum..

Temuduga spa8 untuk jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Penemuduga : Soalan last untuk awak. kondom diperbuat daripada apa?
aku : kondom diperbuat daripada PLASTIK.
Penemuduga : okay. awak boleh keluar. terima kasih.

Balik jer rumah, dengan pantas aku tanya kakak aku pasal kondom. patot la penemuduga tadi senyum kambeng jek dekat aku.cettttt.....ape kejadahnya kondom diperbuat daripada plastik. kondom diperbuat daripada GETAH la dol..sadis betol aku rasa masa tu..bongok T____T.

mak aih buruk bebenau kalau gelak macam neh

reason kenapa aku plastik menjadi jawapan pilihan aku :
  1. aku jakun. mana pernah tengok rupa benda alah tuh.
  2. aku budak kampung. aku tak tahu menatang apa kondom tuh.
  3. kondom bukan untuk spesis aku.
  4. aku rasa plastik sesuai untuk dibuat semua benda hatta kondom sekalipon. sebab tuh dengan konfiden dan berkeyakinan tinggi aku menjawab soalan itu.
  5. salah cikgu sekolah aku dulu laa sebab tak ajar.
notakukukakiku : kalau kondom diperbuat daripada plastik, camana laa ia nak berfungsi..haha


GumOk aku bukan cikgu Kaunselingmu

Assalamualaikum

Aku tak suka berkongsi apa jua hak milik aku. hak kepunyaan aku hanyalah untuk aku. kalau kau mahu berkongsi hal dalam kain kau, kau cerita laa dekat orang lain.

Aku tak suka kau cerita benda-benda mengarut kau dekat aku punya gemOk. aku serius!takda masa untuk main-main. gumOk aku bukan cikgu kaunseling untuk kau cerita semuanya. get it????

aku makin gemOk...jem!

Assalamualaikum...hai semua..

Aku timbang berat aku semalam. tapi aku rasa mesin timbang itu sudah rosak. aku makin berat!makin gemok! aku kena terima kenyataan yang badan aku sudah membesar di bahagian2 tertentu. aku sukar terima kenyataan ini. aku mau kurus. aku kena kurus..mesti!!!


Aku rasa ini perempuan sangat gojes. aku nak body macam dia. tggu laa lagi dua tahun.

Reason kenapa kena tunggu dua tahun lagi :


  1.  aku pemalas. malas nak diet tapi aku sangat rajin makan.
  2. mYgumok selalu paksa aku teman dia makan, tapi iman aku tak kuat, aku makan jugak.
  3.  konon nak diet, tapi bila malam menjelma perot aku sudah berbunyi dan aku makan lagi.
  4.  aku selalu gastrik sebab tu aku tak boleh diet..haha..sampah betol..

Selamat Hari Jadi Sahabat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Hari ini aku hepi sebab Allah S.W.T menghadiahkan aku kawan-kawan yang aku rasa memang dorang paling best.Teman-teman yang memang akan ada time susah dan senang...kalau la boleh beli kat kedai kawan-kawan yang macam nie, aku dah beli lapan ratus dozen buat stok kat rumah.Kalo aku sedih,boleh la aku cari dorang dekat stok kat tempat aku simpan tu..wahahhahah..

Untung betol jadi aku ni. Dah la hari tu ada orang sudi celebrate birthday party untuk aku, kat opis pon sama jugak. Terima kasih banyak-banyak sebab menyusahkan diri korang untuk celebrate birthday party untuk kitorang ye...i loooiiikkee.... Kat opis aku ni hubungan kekeluargaan memang erat dan rapat..Tiap-tiap bulan mesti buat pot luck dan celebrate birthday budak-budak yang dilahirkan pada bulan tersebut.

..Satu lilin je??Koompem berebut nak tiup lilin neh..

..Makanan yang sedia untuk dilahap..

..Whoaaa..pelok memelok bersama-sama..


..Senarai orang-orang kuat untuk majlis ini..

Aku kontrol malu, padahal kat belakang melahap tahap hape ntah..haha

Tanpa orang sebelah aku neh, majlis neh takkan berjalan lancar..lap u abg zam..haeeepppp..kang marah bini beliau.haha

..Dorang saje nak suruh aku gumok. Kemain banyak nak sumbat kek dalam mulut aku..

Senarai orang-orang yang dirai...Besday Boy dan Besday Girl

Orang tua paling hot kat opis aku...haha

Terima kasih daun keladi, kalau boleh tahun depan saya mahu lagi.. Hari ni selamat duit aku. Tak payah nak keluar duit beli makanan kat kedai. Kedekut taik idung masam betol la..haha.Terima kasih kepada yang terlibat. I love you all.

Rahsia Wanita

Memang sukar lelaki untuk mengetahui isi hati setiap wanita. Apalagi isi hati kaum perempuan kadang-kadang sukar untuk diteka. Kadang-kadang hari ini pilih A tapi esok boleh berubah jadi B. Bagaimana dengan rahsia-rahsia wanita yang ada dalam hati, berikut rahsianya :

  1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitikkan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya.
  2. Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
  3. Wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (kerana itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
  4. Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang dengan lelaki lain.
  5. Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
  6. Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
  7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan kasar kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia telah membuat keputusan,dia akan melakukan apa saja.
  8.  Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
  9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
  10. Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tak berguna.
  11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
  12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang berdiam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap buat-buat tak layan seolah-olah tidak berminat,tetapi sebenarnya dia akan menjerit kegembiraan dan tak sampai sepuluh minit,semua teman-temannya akan tahu berita tersebut.
  13. Sebuah senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
  14. Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalmu lebih dalam.
  15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia kerana dia memang tak berminat denganmu.
  16. Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
  17. Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
  18. Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan bertanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.
  19. Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,bacalah buku-buku cinta.
  20. Bila setiap kali melihat gambar bersama,yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
  21. Bekas kekasihnya akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa di hatinya!!
  22. Satu ucapan ‘Hi’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
  23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
  24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk mengurat kawan mereka yang paling cantik.
  25. Cinta bererti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
  26. Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati..
  27. Senjata wanita adalah airmata!!
  28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise kepadanya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik).Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
  29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang perhatian padanya dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah.
  30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mau hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.