Blog Bersawang Labah-Labah.

Assalamualaikum. Hai.

Dah lama gila kot tak update blog.

Ya!aku tahu takda sapa rindu aku.

Tak kisah lah benda itu semua.

Dan sekarang aku kembali lagi.

Sori sebab hari tu dah janji nak update pasal majlis tunang.

Tapi masih belum berkesempatan.

Oh ya~aku akan update sekali dengan majlis kahwin. 

So, aku ingin mengalu-alukan kedatangan diri aku untuk menjadi

BRIDE TO BE 2012.

(korang nampak tak point apa yang aku nak tulis sebenarnya sampai guna font besar?)

point nya aku dah matang dan dah nak kawen. 

yeay!

Lawa gila baju kahwin dia. berangan jelaa nak mcm neh *fensan


notakukukakiku : okay!aku tahu korang nak cakap aku perempuan gedik.hade mak kesah?muahahaha





3.30 In The Morning

Assalamualaikum. dear blog.

3.30 minit pagi

dingin sejuk di waktu hening.

mata masih lagi tak mengantuk.

kenapa begini?

aku susah hati.

dan yang pelik aku tak tahu susah hati disebabkan oleh apa.

Ya Allah...

ku pohon kepadamu 

permudahkanlah segala kehidupan seharian ku

semoga kebahagiaan sentiasa bersama aku.

amin!




Wordless Wednesday #2 : Fokus Di Jari Bukan Di Bunga


notakukakiku : Alhamdulillah~


Aku Pernah Akan Tetapi.....

aku pernah setia 

tapi pernah juga diduakan

aku pernah percaya

tapi pernah juga dikhianati

aku pernah mencintai 

tapi pernah juga disakiti

aku pernah memiliki

tetapi aku juga pernah kehilangan

aku pernah jujur

tapi aku juga pernah ditipu

aku pernah berharap

dan akhirnya harapan itu cuma sia-sia 

dan sekarang aku cuma menunggu orang yang tepat daripada membuang waktu dengan orang 

yang salah supaya aku tidak kecewa lagi. 

notakukukakiku : atleast semua itu aku boleh jadikan pengalaman dan kenangan.


Sindrom Pelupa

Assalamualaikum. Hai semua.

Aku pelupa

dan berada di tahap yang serius

seperti warga emas yang ada alzheimer

aku tak tahu letak mana

pastu bila tak jumpa mula laa nak bising-bising
 
perangai aku macam bangkai kan

sekarang aku rasa macam nak lempang diri aku laju-laju

sebab barang aku hilang

tak tahu aku pergi campak mana

satu rumah aku selongkar dan masih tak jumpa

Ya Allah~mudah-mudahan aku jumpa barang aku

aku tak tahu mana nak cari lagi

dan aku rasa kalau mulut aku neh boleh pakai buang

mesti sekarang aku dah lupa letak kat mana mulut aku

sadis rasanya

aku nak sambung selongkar bilik

okebai.

notakukukakiku : tetiba teringin nak beli kamera dslr. money~come to mama bebeh.

13 Mac~Selamat Hari Tua

Assalamualaikum~

Hai

tak menyempat nak update entri ulangtahun perkahwinan kelahiran aku yang ke teeeettttt

umur adalah rahsia kerana faktor saham yang masih ditahap blablabla

okeh!berhenti merapu

tengkiyu pada yang ucap selamat hari tua dekat aku

dan aku menghargainya

semoga kita dimurahkan rezeki dan sentiasa didalam rahmatNya

dan tahun ini aku rasa besday yang paling tak best

sebabnya tiada surprise party macam INI dan 

status hubungan silaturahim yang ditahap ala-ala saja bersama mygumOk
(sebab baru lepas gadOh)

mungkin ada hikmah diatas apa yang berlaku

thanks to mygumOk untuk hadiah harijadi yang superb romentik+cool

papepon saya suka sangat-sangat

dan korang cuba laa teka hadiah apa yang aku dapat untuk tahun neh~muahahhaha 

Kek sapa-sapa ntah aku culik~haha

notakukukakiku : tetiba member bagitahu ada gosip hot kat opis yang mengatakan aku dah tunang dan akan kawen bulan November neh.dan laki aku adalah engineer~muahahhaha!macam artis la plak rasanya.kau hadO?

Tak tahan sakit~

Hello!Assalamualaikum.

mukadimahnya aku dapat mc 2ari

sebab apa?

sebab nya aku sakit sampai empat penyakit datang serentak

gastrik teruk sampai tahap merangkak-rangkak macam biawak komodo+diarhea dah macam air pancut dekat klcc+muntah mencurah2 sampai dah lembek dan last sekali demam! 

gila kuat kan aku? memang pun..

Allah menguji berdasarkan kemampuan hambaNya

bila difikir balik memang tak tertahan sakit

tapi Alhamdulillah mak ngan abah memang betol-betol jaga aku time sakit

sekarang padan muka aku sebab tak boleh diet

kena paksa makan

kalau tak abah marah

macam budak kecik kan?

tapi takpe

tu tanda abah sayang aku!

neh gambar lama.sekarang aku dah kurus hokeh!sila percaya.

notakukukakiku : terharu gila bila tgh tido tetiba mak datang usap kepala tanya panas lagi ke tak. adehhhh~

Rasa Itu~

Assalamualaikum. Hai.

Korang pernah tak
rasa sakit hati yang teramat?
rasa dipermainkan dan diperbodohkan?
rasa dah takda harapan untuk sesuatu?
rasa dah tak boleh nak terima kenyataan?
rasa kosong+sunyi?
rasa nak makan pelempang dengan kaki kiri?
rasa takda selera nak makan dan bila makan muntah balik?
rasa hidup ini tak adil?
rasa tersalah dalam membuat keputusan terpenting dalam hidup?
rasa menyesal dipertemukan dengan seseorang?
rasa benda yang tak sepatutnya berlaku?
rasa tak perlukan sesiapa dalam hidup?
rasa tak boleh nak menghadapi masalah?
rasa nak pergi jauh-jauh?
rasa nak marah orang?
rasa nak ikot haluan sendiri?
rasa nak memilih keputusan hidup yang baru?
rasa diperTAIKkan?
rasa nak kembali seperti dulu?
rasa nak maki hamun bila kesalahan sama berulang?
rasa penat dengan sesuatu perhubungan?
rasa perlukan teman untuk mengadu?
rasa apa yang dirancang takkan menjadi seperti yang diharapkan?
rasa dah taknak sesuatu perhubungan?
dan last sekali rasa yang tiada rasa
kalau ada bagitahu la
mana laa tau korang penah rasa apa yang aku rasa
chill.



#bila salah, mengaku!jgn tuding jari kat orang lain sedangkan sudah terkantoi didepan mata.
dan itu hanya membuatkan kau makin dibenci!selamanya.

Lelaki Sama Sahaja~

aku jaga kau

kau jaga aku

susah sangat kah

tak boleh kah kau jadi macam lelaki lain

kenapa perlu begini

aku sudah bosan

serius

aku sudah penat

penat yang teramat 

aku berdoa agar kita tiada jodoh

sudah laa

kau boleh pergi!

notakukukakiku : kalau takda lelaki pun aku boleh hidup. cukup laa aku punya abah dan abang-abang aku.penat!


Aku Okeh!

Hai. Assalamualaikum.

keseorangan

kesepian

kurang kasih sayang

tiada perasaan

aku rasa diabaikan

begini la nasib bila tiada siapa yang peduli

apa nak buat

bak kata pepatah

alah bisa tegal biasa

lama-lama perasaan akan okay

sekian

 ilebiumanyak2sampailebam.

notakukukakiku : jiwa kacau sebab bulan dah sampai.mongok.

terasa ingin mem'party'kan diri bersama geng!


Apakah Maksudnya?

Assalamualaikum!hai!

Aku cuma nak cakap

aku tak sedap hati

mata kiri aku asyik gerak2 arini

maksud gerak2 tu asyik kedip2

ahhh~susah nak bagitau korang semua

orang tua-tua kata kalau mata jadi camtu  mesti nak nangis

betul ke?

ntah

aku pon tak tahu

harap-harap takda pape

Sekian.

 

notakukukakiku : BTW aku tak sedap hati hari ni. macam sesuatu nak berlaku jer. apakah?

Dilema Owh Dilema~

Assalamualaikum. Hello semua.

kawen itu best kah?

tolong bagi jawapan dekat aku

sebab aku tengah serabut

kepala tengah pening

takut buat keputusan yang salah

bila dia ajak kawen

aku terus jadi seram sejuk tak tentu arah

kenapa ada perasaan itu

normalkah??

heels dia hOt tapi tatOO kat kaki dia aiyarkkkk~

notakukukakiku : nak anak tapi takot kawen!aku sengal~

Entri Sentap!

entri kali neh entri sentap

sebab aku emo bila ramai member dah kawen

lagi sentap bila jumpa dorang tengah kendong anak sendiri

sadis rasanya

jangankan anak sendiri

nikah pon aku belum lagi

calon?

arrrggghhhhh~susah cakap sebab selalu gadoh

dia kata gadoh pengikat kasih sayang

tutup cerita pasal dia

sekarang aku nak anak 

sapa nak bagi?

agak-agak  memang takda harapan 

haaa~semputttt lagi!

Comel~ada yg lebam kena gigit pipi karang

adeiii~geram pipi dia!

notakukukakiku: berangan jela nak anak putih melepak bajet mat saleh..hahaha~

Tinggalkan Aku Sendirian.

andai kamu tahu

bila aku mengatakan

pergi tinggalkan aku sendirian

itu tidak bermaksud

aku ingin kamu pergi tinggalkan aku

kerana

bila aku kembali waras

aku sentiasa perlukan kamu!

selamanya~