Dahaga Kasih Sayang~

Tajuk entri aku memang selalu tak boleh blah :)

aku : abiswari, maria dah nak pindah dah. abis nak bagi apa kat maria?

abis : maria nak apa?


aku : nak kasih sayang boleh? muahahhaha

abis : hahahaha

okay! aku rasa keji betul bila minta kasih sayang dengan kawan-kawan aku. kekurangan kasih sayang ke hape aku neh. haha.
setakat neh aku cukup kasih sayang sampai melimpah2 keluar. thanks to all yang sudi sayang aku selama neh. ilebiu okeh.


sebelum aku blah, aku nak segarkan mata aku neh. asyik ngantuk je bila buat kerja.


korang pilih la mana yang korang nak. haha. mood sengal =p
bai.

Sedih ke Gembira?

Hai semua. Assalamualaikum.

Aku takda mood nak tulis entri dan berblog walking seminggu dua neh

sebab aku dapat tahu aku tak jadi tukar ke klang dan aku dapat tukar balik kg halaman aku di Kelantan

bukan ini ke yang aku mahu selama neh

tapi kenapa aku rasa dalam gembira aku neh rasa sedih jer

sebab utama aku sayang nak tinggal mygumOk, sayang nak tinggal ex boyfriend aku kat sini (eh boleh ke camtu?), sayang nak tinggal kengkawan dekat sini, sayang semua kenangan-kenangan yang ada disini

teruk betul

tapi aku gembira sebab aku balik kelantan

so, aku boleh jaga mamy dengan dedy aku

tapi aku sedih nak tinggal opis neh

tengok!aku dah sengal

entah mana satu yang aku nak

semua aku mahu

aku perempuan tamak kan

ah...sudah lah

bai.


Kenapa Perlu Sedih Kalau Itu Yang Terbaik Buat Kita

kenapa mesti sedih dengan apa yang telah ditakdirkan

kenapa mesti terluka dengan apa yang telah ditentukan

aku tak tahu

cuma apa yang aku tahu

hati aku dirobek-robek, terluka!

cepat sangat menangis

even aku tengah tengok cite maharajalawak

mata aku still lagi keluar air mata

aku tak paham

sedihkah aku? terlukakah aku? sakitkah aku?

tiada jawapan yang pasti kenapa aku boleh sedih macam ni sekali

tetap tiada jawapan.

sekian.


Hari Malang Buat Aku

Hoi...eh...Hai..Assalamualaikum.

Kenapa laa semalam suwei sangat. aku neh memang ada masalah untuk mengingat jalan. memang kalau pergi mana-mana sensorang memang aku akan sesat punya. sengal betul. semalam memang like @$%& sebab satu jam aku sesat dekat putrajaya. kenapa aku sesat sampai putrajaya..owh~amat panjang ceritanya. aku cuti semalam. kunun-kunun emergency leave(EL) laa. padahal memang aku dah plan pun nak cuti. aku malas. badan aku semua sakit-sakit. sebab tu aku cuti. pastu abg aku kol suh pergi seremban ada kerja nak setel sikit. aku mana laa ada kereta. jadi aku tumpang la si gumok  tu. hantar dia kat opis di klia, pastu aku amek keta dia terus pergi seremban. pastu kul 5 aku blah pergi amek dia di klia.

okay...aku sesat. punya laa susah nak pergi cari klia tuh. dah sampai klia aku tersalah masuk jalan pergi masuk highway balik. dah aku kena pusing pergi putrajaya dulu cari signboard klia balik. memang macam haram betul nak cari signboard nak pergi ke klia dekat putrajaya.  satu jam aku duk pusing-pusing dalam sana. teruk betul. pastu sempat lagi aku berlagak. dia kol tanye aku kat mana. aku jawab ' awak tunggu je saya kat opis awak. nanti sampai saya kol balik'. haha...agak sombong statement aku disitu yer. dah orang nak tolong tapi berlagak. yang itu aku okeh.

Nasib baik aku bijak dan pandai. last-last jumpa jugak cari jalan nak pergi opis dia. dah nak dekat maghrib aku baru amek dia. memang aku kena bebel berbakul-bakul dengan dia. korang tahu sebab apa aku kena bebel. sebab aku sesat? salah. sebab aku perabihkan minyak keta? salah jugak. sebab dia risaukan aku? salah lagi. sebab yang utama dia takut stay sorang kat opis dia. semua orang dah nak balik. so, dia takut sebab kat opis dia ada hantu. hantu kopek eh salah hantu perempuan rambut panjang. pastu dah senja lagi laa dia takut. penakut jugak rupanya. haha..

credit pix
ni hantu kopek bagi mana yang tak tahu..haha

Lagi peristiwa malang tak berbau aku hari ni, aku tertinggal harta kerajaan dekat bilik IT. nasib baik kamera tuh ada orang amek tolong simpan. kalau tak memang burn laa duit aku nak ganti beli kamera baru. walaupon kamera cap ayam tapi ada laa dalam lapan ratus harganya. T___T malang betul. tapi takda la malang sangat sebab dah jumpa balik....fuhhhh....

Lagi dan lagi peristiwa malang di pagi hari ni adalah aku telah memalukan diri aku dengan melompat-lompat bagai kera kena belacan sebab cicak. geli gila bila tetiba aku nak amek cawan nak g buat air tetiba ada cicak dalam cawan. melompat kecoh gila babeng laa jadinya. bertambah malu bila ada yang kata 'muka ganas tapi takut cicak' . erk?? boleh ke macam tu? terpaksa laa kak lely buangkan cicak dan cawan tu sebab aku geli dan tak boleh tengok. mak aiiihhh..camtu sekali tahap kegeliannya. muehehehhe....tenkiyu kak lely. ilebiu  banyak-banyak laa..

mak aih...yang neh gila burok!geli!

tapi cicak yang neh comel pulak. nak satu please.

Okay laa entri kali ni agak panjang. so, aku tulis entri neh sepanjang yang boleh untuk menunjukkan aku masih dalam mood kebengangan (eh..ada ke perkataan tuh). haha..

Rindu Berbalas Rindu

Hai.

Tajuk diatas amat tak boleh blah :)

Aku nak tanya korang

Kalau kita rindu orang tue

Betul ke orang tue akan rindu kita jugak?

Betul ke? okay!

 Aku nak bagitahu korang neh yang aku rindu kat seseorang

 Aku pun rasa dia rindu jugak kat aku

hihi. sekian.


Motip aku letak pix neh?sungguh tak senonoh aku neh..hihi

p/s:ensem betol abang engineer mekanikal kat JKN Selangor yang baru neh. Dah kawen belum? kalau belum bila kita boleh mula date?muahahahaahha