Maaf Dari Hati

Assalamualaikum. Hai.

semalam tak pasal-pasal dia kena marah dengan aku

motip aku baran semalam?

aku pon tak tahu

mungkin sebab aku rindu dia gila-gila

mungkin aku rasa dia tak rindu aku

mungkin juga aku perlukan perhatian dari dia

ahh~begitu banyak kemungkinan disitu

semalam kau buat aku buka mata dan sedar

bahawa

kau yang terbaik buat aku

ilebiu sayang

okeh!mood gatal sudah datang

baik aku blah dulu~


 sori oke!i sayang you sampai tua la biarpun you dah kerepot :)

notakukukakiku : i'm not perfect!i make mistakes and i hurt u but when i say sorry, i really mean it..rasa bersalah gila!minta maaf kepada sidia~ilebiu





Dia Gay?OmaigOd~

aku tak tahu benda ni betul ke tak

tapi aku rasa kawan aku gay

kenapa aku cakap camtu

sebab

dia hensem tapi tak suka perempuan

aku ingat nak mengorat dia

tapi aku pasti dia tak layan aku

sadis gila!

dalam friendlist pesbuk dia semua lelaki

apakah itu?

harap-harap bukan

aku harap dia ada perasaan kat perempuan lagi

so, aku ada peluang

bila kita boleh couple?

aku tahu korang nak cakap aku gatal

tapi takpa sebab aku bukan bini orang

muahahahaha

okeh~aku sengal

sekian

Assalamualaikum

motip aku letak pic neh?aku pun tak tahu..muahahhaha


Biar Pergi Jauh

mesti ada sebab ke apa yang kita buat?

tak payah tanya aku sebab nya 

kerana

aku tiada jawapan untuk semua itu

jiwa kosong

hati sunyi

jiwa pedih

hati melara

dan

aku hanya mahu kau tahu

aku tak ingin hidup dibayangi dia lagi

bawa lah aku pergi 

jauh

dan jauh


Hati Kacau

Hello. Assalamualaikum.

aku sedih

sebab bila aku cakap tak ada sapa nak dengar

aku nasihat untuk kebaikan bersama

tapi tak sangka

orang tu tak suka

takpelaa

aku mengadu kat mak

mak ada cakap something

tapi aku malas mention kat sini

sebab aku tahu dia akan baca post aku neh
 
so, kesimpulannya

BIAR laa dia..


notakukukakiku: lepas neh masing2 buat hal memasing. dah malas nak tegur dan bagitahu. chOww~

Sepi Sendiri

janji kita

masih tersemat kemas

kenangan-kenangan kita 

masih aku simpan agar aku tak lupa walau sedikitpun

setiap memori kita

akan aku ingat sampai bila-bila

biarkanlah

biarkan aku sendiri dan begini

mati perlahan-lahan untuk melupakan mu

aku tak bisa menghapusmu dari kotak fikiran

biarpun telah lama berlalu

dan

kau masih aku sayang

tapi hanyalah sebagai teman!


 notakukukakiku: it's hurt when you know the truth!





Lelaki Psycho

aku pergi makan

jumpa kau

aku pergi isi minyak keta kat petronas 

jumpa kau

aku pergi bank

jumpa kau lagi

dimana-mana aku jumpa kau

boleh tak kau blah

sebab aku ada masalah dengan mata kau

asal jumpa aku je kau kenyit mata

kau gila oke

kau memang gila

dan kau memang lelaki psycho!


btw heels ini perempuan memang meletOp oke. nak satu!


Rindu Datang Lagi!

Aku rindu dia

dan masih lagi merindui dia macam dulu-dulu

aku bagitahu mak pasal perasaan aku

dan jawapan mak aku membuatkan aku sentap!

tak elok rindu lelaki lain yang dah bukan milik kita

aku tak paham,

kenapa masih ada konflik sebegini walaupun dah lama ia berlaku

aku merindu pada benda yang memang dah takda

aku bodoh!

dan yang pasti aku memang rindu dia!


p/s:perempuan memang susah untuk melupakan sesuatu yang pernah dia sayang!


Kerja Sampai Pengsan!Korang Ada Berani?

Hello korang!

pernah tak korang rasa macam nak lempang orang?

oke..mesti pernah kan

aku pon sama neh

kerja banyak bagai nak gila

nak tak nak aku kena buat jugak

aku benci bila aku banyak kerja

tido aku terganggu

nafsu makan aku terbantut

sampaikan aku nak kentut pon tak sempat la wei

asyik mengadap jer buat kerja

nak buat camana, itu je pilihan yang ada

aaiiiyaaarrrrrkkkk.....

oke!berhenti membebel dan mula buat kerja

nanti boleh tido awal

gud nite pada laling-laling saya

Ini brO malam ini gua punya!buat teman gua tidO malam neh. bahagia hOi..

Aku Tak Suka Laki Orang Laa!

Assalamualaikum! Hello semua.

tempat kerja baru aku memang best!memang happening!
environment tempat kerja yang relaks dan tak stress macam dulu.
sebab sekarang dah ada partner kerja yang selalu boleh cover aku kalau aku monteng.
haisshhhh...teruk betul aku neh kan tapi  :)
hurmmmm.....ada satu benda yang buat aku tak best!
buat aku rasa macam kerja dalam penjara.

isteri partner aku. yessss! I.S.T.E.R.I dia
isteri dia ingat aku nak mengorat laki dia.
C'mOn laa.. be profesional oke...
susah la kalau  macam ni
lagipun dia bukan taste aku hokay.
so, cuba korang bagitahu apa perlu aku buat?

sebelum pape..relak dulu isap okOk sebatang dua!


Selamat Ulang Tahun

Selamat ulang tahun sayang awak!
Semoga awak panjang umur+murah rezeki+sentiasa diberkati
Semoga awak bahagia disamping isan disekeliling awak
Tahun ni saya tak dapat nak raikan harijadi awak bersama
SEBAB....
Saya bukan lagi siapa-siapa untuk awak
Dan awak juga bukan lagi milik saya
Saya cuma nak awak bahagia
Keputusan untuk berpisah adalah yang terbaik buat kita

Selamat hari jadi
Maafkan saya sebab tak bisa untuk jadi yang terbaik buat awak
Maafkan saya sekali lagi sebab tak dapat nak tunaikan segala yang telah kita rancangkan bersama
Saya ada kehidupan saya sekarang dan awak pun sama
Tiada apa yang tinggal untuk dipertahankan lagi
Saya dan awak tidak ditakdirkan bersama!


notakukukakiku : aku cuma berfikir bila aku boleh bebas sepenuhnya daripada mengingati dia!bodoh!

Akujadigilabilaakurindudia!

Hello!Assalamualaikum semua..

Aku tahu lama gila aku tak update blog aku neh. aku tahu blog aku tak fofuler, so takda orang yang tertunggu -tunggu entri hampeh aku neh. tapi takpa nyah. mak sikit pun tak kesah. hahaha.dah naik bersawang dah. bukan sengaja aku tak mengupdatekan blog ni tapi aku sibuk sangat sampai aku rasa nak berak pun tak sempat. kalau lepas neh aku tulis entri pasal sembelit korang jangan tanya kenapa. kerana ini la penyebabnya. TAKDA MASA!

Okay!tutup cerita. sekarang life aku kerja pastu famili pastu kerja pstu famili. gumok dah jauh dari aku sekarang neh. so, aku harap-harap dia takda laa buat gila bila duk sana. aku tahu ayat aku memang agak tak sedap dibaca dan didengar tapi aku cuma harap dia duk sana elok-elok dan tak buat semua benda yang boleh menjejaskan dan memudaratkan hubungan aku dan dia.

Aku cuma nak bagitahu esok harijadi exbf aku. so, kat sini aku nak wish selamat harijadi yang ke24 untuk beliau. semoga dia sihat sejahtera dan bahagia selalu. walaupun aku dan dia tak ditakdirkan bersama, aku cuma nak dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. aku doakan dia dari jauh sebab itu yang terbaik buat aku dan dia.



Tu jer cerita aku. aku dengan dia dah takda pape. so, aku fokus dengan dunia aku +gumOk sahaja. sekian..bai.

notakukukakiku : tetiba aku rindu dia. okay!aku gila.

Satu Kisah Versi Macam-Macam Ada~

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."


Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.

p/s:memang kelakar tak hengat okay. kredit kepada penulis asal.

Angin Rindu Yang Berlalu

Hai Assalamualaikum semua.

aku rindu ex-boyfriend aku.

itu jek yang aku nak bagitahu korang.
 
serius!aku rindu dia bagai nak gila+separuh mati.

tapi...itu semalam.

aku dah nekad tak mahu rindu dia lagi.

biar dia bahagia dengan kehidupan dia.

dan aku gembira dengan kehidupan aku sekarang.

kekadang rindu mengajar aku erti kejam!

ah..apa-apa jela

aku dah ada gumOk buat apa aku nak rindu dia.

nyah kau dari hidup aku.

sekian.

p/s:abg gumOk, sekarang saya sedang meroyan. maafkan saya T_______T


I'm Beautiful ~~ada aku kesah?

Hai...Assalamualaikum.
 
aku masuk satu contest neh

tapi kawan aku gelakkan aku

tapi takpe. aku tak kecik ati

sebab bila aku tgk balik pix aku memang aku pon nak tergelak

ni la contestnya


Contestant : ROSMARIA BT MOHAMMAD

Creative Entry : i am not a beauty queen, i am just a beautiful me!

HOW TO VOTE :
=========

1 - LIKE LC4U PAGE : http://www.facebook.com/pages/Jom-Sh0pping-d-LaishCloset4u/168538309872865 <---apa lagik tekan lah link neh. pastu like!like!like!

2 - LIKE UR PHOTO : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=194195560640473&set=a.191741874219175.47813.168538309872865&type=1&theater <---apa lagik tekan lah link neh. pastu like!like!like!

korang tengok laa apa nama contest nya. I'M BEAUTIFUL CONTESTANT LAISH CLOSET4U. memang patot pon aku kena gelak. poyo i'm beautiful la sangat. dah kena panggil miss universe dengan kawan-kawan aku. haha...tapi takpe..aku saja2 masuk. bukan kena bayar pon. kalau korang takda kerja meh laa tolong vote untuk aku ramai2 okay. okaylaa...ilebiu banyak2.


p/s: aku tahu aku dah kurang masa dan idea untuk menulis apa yang aku rasa sebab aku tak tahu nak tulis apa yang aku rasa sekarang neh. bercampur baur perasaan aku neh. apa2 pun, selamat menjalani ibadah puasa.

Dahaga Kasih Sayang~

Tajuk entri aku memang selalu tak boleh blah :)

aku : abiswari, maria dah nak pindah dah. abis nak bagi apa kat maria?

abis : maria nak apa?


aku : nak kasih sayang boleh? muahahhaha

abis : hahahaha

okay! aku rasa keji betul bila minta kasih sayang dengan kawan-kawan aku. kekurangan kasih sayang ke hape aku neh. haha.
setakat neh aku cukup kasih sayang sampai melimpah2 keluar. thanks to all yang sudi sayang aku selama neh. ilebiu okeh.


sebelum aku blah, aku nak segarkan mata aku neh. asyik ngantuk je bila buat kerja.


korang pilih la mana yang korang nak. haha. mood sengal =p
bai.

Sedih ke Gembira?

Hai semua. Assalamualaikum.

Aku takda mood nak tulis entri dan berblog walking seminggu dua neh

sebab aku dapat tahu aku tak jadi tukar ke klang dan aku dapat tukar balik kg halaman aku di Kelantan

bukan ini ke yang aku mahu selama neh

tapi kenapa aku rasa dalam gembira aku neh rasa sedih jer

sebab utama aku sayang nak tinggal mygumOk, sayang nak tinggal ex boyfriend aku kat sini (eh boleh ke camtu?), sayang nak tinggal kengkawan dekat sini, sayang semua kenangan-kenangan yang ada disini

teruk betul

tapi aku gembira sebab aku balik kelantan

so, aku boleh jaga mamy dengan dedy aku

tapi aku sedih nak tinggal opis neh

tengok!aku dah sengal

entah mana satu yang aku nak

semua aku mahu

aku perempuan tamak kan

ah...sudah lah

bai.


Kenapa Perlu Sedih Kalau Itu Yang Terbaik Buat Kita

kenapa mesti sedih dengan apa yang telah ditakdirkan

kenapa mesti terluka dengan apa yang telah ditentukan

aku tak tahu

cuma apa yang aku tahu

hati aku dirobek-robek, terluka!

cepat sangat menangis

even aku tengah tengok cite maharajalawak

mata aku still lagi keluar air mata

aku tak paham

sedihkah aku? terlukakah aku? sakitkah aku?

tiada jawapan yang pasti kenapa aku boleh sedih macam ni sekali

tetap tiada jawapan.

sekian.


Hari Malang Buat Aku

Hoi...eh...Hai..Assalamualaikum.

Kenapa laa semalam suwei sangat. aku neh memang ada masalah untuk mengingat jalan. memang kalau pergi mana-mana sensorang memang aku akan sesat punya. sengal betul. semalam memang like @$%& sebab satu jam aku sesat dekat putrajaya. kenapa aku sesat sampai putrajaya..owh~amat panjang ceritanya. aku cuti semalam. kunun-kunun emergency leave(EL) laa. padahal memang aku dah plan pun nak cuti. aku malas. badan aku semua sakit-sakit. sebab tu aku cuti. pastu abg aku kol suh pergi seremban ada kerja nak setel sikit. aku mana laa ada kereta. jadi aku tumpang la si gumok  tu. hantar dia kat opis di klia, pastu aku amek keta dia terus pergi seremban. pastu kul 5 aku blah pergi amek dia di klia.

okay...aku sesat. punya laa susah nak pergi cari klia tuh. dah sampai klia aku tersalah masuk jalan pergi masuk highway balik. dah aku kena pusing pergi putrajaya dulu cari signboard klia balik. memang macam haram betul nak cari signboard nak pergi ke klia dekat putrajaya.  satu jam aku duk pusing-pusing dalam sana. teruk betul. pastu sempat lagi aku berlagak. dia kol tanye aku kat mana. aku jawab ' awak tunggu je saya kat opis awak. nanti sampai saya kol balik'. haha...agak sombong statement aku disitu yer. dah orang nak tolong tapi berlagak. yang itu aku okeh.

Nasib baik aku bijak dan pandai. last-last jumpa jugak cari jalan nak pergi opis dia. dah nak dekat maghrib aku baru amek dia. memang aku kena bebel berbakul-bakul dengan dia. korang tahu sebab apa aku kena bebel. sebab aku sesat? salah. sebab aku perabihkan minyak keta? salah jugak. sebab dia risaukan aku? salah lagi. sebab yang utama dia takut stay sorang kat opis dia. semua orang dah nak balik. so, dia takut sebab kat opis dia ada hantu. hantu kopek eh salah hantu perempuan rambut panjang. pastu dah senja lagi laa dia takut. penakut jugak rupanya. haha..

credit pix
ni hantu kopek bagi mana yang tak tahu..haha

Lagi peristiwa malang tak berbau aku hari ni, aku tertinggal harta kerajaan dekat bilik IT. nasib baik kamera tuh ada orang amek tolong simpan. kalau tak memang burn laa duit aku nak ganti beli kamera baru. walaupon kamera cap ayam tapi ada laa dalam lapan ratus harganya. T___T malang betul. tapi takda la malang sangat sebab dah jumpa balik....fuhhhh....

Lagi dan lagi peristiwa malang di pagi hari ni adalah aku telah memalukan diri aku dengan melompat-lompat bagai kera kena belacan sebab cicak. geli gila bila tetiba aku nak amek cawan nak g buat air tetiba ada cicak dalam cawan. melompat kecoh gila babeng laa jadinya. bertambah malu bila ada yang kata 'muka ganas tapi takut cicak' . erk?? boleh ke macam tu? terpaksa laa kak lely buangkan cicak dan cawan tu sebab aku geli dan tak boleh tengok. mak aiiihhh..camtu sekali tahap kegeliannya. muehehehhe....tenkiyu kak lely. ilebiu  banyak-banyak laa..

mak aih...yang neh gila burok!geli!

tapi cicak yang neh comel pulak. nak satu please.

Okay laa entri kali ni agak panjang. so, aku tulis entri neh sepanjang yang boleh untuk menunjukkan aku masih dalam mood kebengangan (eh..ada ke perkataan tuh). haha..

Rindu Berbalas Rindu

Hai.

Tajuk diatas amat tak boleh blah :)

Aku nak tanya korang

Kalau kita rindu orang tue

Betul ke orang tue akan rindu kita jugak?

Betul ke? okay!

 Aku nak bagitahu korang neh yang aku rindu kat seseorang

 Aku pun rasa dia rindu jugak kat aku

hihi. sekian.


Motip aku letak pix neh?sungguh tak senonoh aku neh..hihi

p/s:ensem betol abang engineer mekanikal kat JKN Selangor yang baru neh. Dah kawen belum? kalau belum bila kita boleh mula date?muahahahaahha


Hujan Rintik-Rintik, Hati Tak Cantik.


Hai. Assalamualaikum.

Aku kena pindah opis kat Klang.

Gila zalim bos aku sebab buat aku macam neh.

Bukan aku sorang je tapi semua team aku. 

Mesti aku ada masalah untuk menerima keadaan baru nanti.

Dan disebabkan itu, aku kena pindah rumah juga.

Jauh dari dia, jauh dari Shah Alam. 

Damn!

Dan juga padan muka aku.
sekian.



Sayangilah Orang Tua Kita Selagi Dia Masih Ada

Hai semua. Assalamualaikum.

Dari aritu lagi aku nak update pasal hari bapa. tapi disebabkan kerja banyak berlambak bagai nak gila, aku pospon la dulu entri neh. Okay! hari nie jom aku nak cita pasal abah, dedy, ayah, appa..ah...gasak korang laa nak panggil apa. aku panggil bapak aku abah jer tapi kadang-kadang dedy. kau tengok la betapa poyo nya aku.

Tadaaaa....Abah saya muncet macam si Gumok..haha

Abah...saya cuma nak ucap selamat hari bapa kat abah. terima kasih laa sebab sudi jaga saya sampai saya besar. sudi manjakan saya dan sudi penuhi segala apa yang saya nak selama neh. saya tak mampu nak balas jasa abah yang selama neh bokojo sekuek nyo untuk bagi family kita hidup selesa. sekarang anak-anak abah dah berjaya. penat lelah abah saya dan adik beradik akan balas. itu janji saya. tahun neh takda hadiah untuk abah sempena hari bapa sebab saya jauh diperantauan T_____T. tapi saya dah wish pon dah kira okay kan abah kan. hehe.

Dulu kalau korang nak tahu abah aku gila garang masa aku kecik-kecik. aku dah laa degil gila. kesian mak aku back up aku takut aku kena bantai ngan abah aku. aku penah kena piat telinga. aku penah kena bantai ngan hanger. aku penah kena rotan. ah...sume aku penah laa...korang cakap je apa hukuman yang ada kat atas mukabumi neh semua aku dah penah rasa. ganas tak aku. dulu-dulu penah laa aku rasa yang abah aku tak sayangkan aku. tapi dah besar-besar neh aku baru realize yang dia memang sayangkan aku. kalau tak takkan laa adik beradik aku jeles sebab abah aku beli keta untuk aku..wahahahahahahahaha (gelak jahat).

Okay laa, kesimpulan daripada entri aku kali neh, sayangi laa bapa korang selagi dia masih ada. kalau dia dah takda nanti takda guna korang menangis menyesal.

notakukukakiku: abah, harijadi abah tahun depan boleh tak saya bagi hadiah menantu kat abah? abah nak tak? muehehehehehe

Siapa Makcik Tua Dalam Lif Pagi Tadi? ~Misteri~

Hai.

tadi aku naik lif tadi pepagi buta sorang-sorang.

banyak kerja kat opis yang aku kena siapkan (gile rajin kan aku neh hari minggu pon keja)

tetiba jek ada sorang makcik tua neh naek lif skali ngan aku.

muka gila pucat.

pakai topi tak nampak muka.

aku nak tengok muka makcik neh

 tapi

aku takut

aku biarkan saja

tapi aku heran ape makcik tuh buat pepagi buta dekat bangunan Sunwaymas neh.

aku tak pernah nampak dia

sampai je tingkat sebelas, cepat-cepat aku keluar

sambil ekor mata aku tengok dia

sumpah!

bulu roma aku tegak

makcik tuh tengok aku.

aku terus blah tak tengok muka dia

gile seram. naseb baik aku berani! haha


hah!macam neh la pucat muka makcik tuh.

Marah Tak Bersebab

Hai.

credit pix


aku tengah marah neh. tengah bengang. tapi aku tak tahu kenapa aku marah dan rasa bengang. takda sebab untuk itu. tetiba aku rasa tak puas hati dengan keadaan sekeliling. keje banyak berlambak-lambak macam aku rasa nak hirup oksigen sampai tak menyempat. nasib baik lubang hidung aku besar naseb laa dapat hirup udara lebih sikit daripada orang lain.

okay!! bukan pasal lubang hidung aku besar yang aku nak cerita kat sini. aku nak cerita pasal keadaan diri aku yang tak pandai nak manage kemarahan, situasi dan keadaan sekeliling. aku perasan bila aku period aku akan jadi monster yang tunggu masa jek nak membaham mangsa. perkara neh tak berubah daripada dulu lagi. sukar dikawal betul. korang pernah rasa macam aku rasa tak bila korang bulan mengambang??ce cite kat aku sket. ke aku yang tak normal? hadoiiiiii......

macam sengal jek kan bila ini berlaku kat aku..ciiittttttt.....yang jadi mangsa keadaan si gemok tu laa. nasib baik dia tu memahami dan mengasihani diri aku yang perangai memang macam mintak pelempang jek.

okay laa. aku dah puas membebel. aku takda mood nak keluar dating dan berpoya-poya dengan dia. bai.

notakukukakiku : esok aku kena pergi kursus pengurusan jenazah HIV/AIDS. nanti aku cerita lagi. ilebiu.

Aku Terima Takdir Itu

Assalamualaikum. Hai semua.

Kenapa ye kadang-kadang semua benda yang kita nak tak dapat? kadang-kadang aku bole terima semua yang Allah dah takdirkan buat aku sebab aku tahu Allah hanya akan bagi yang terbaik buat aku.

Tapi kenapa bila aku tak dapat nak berfikir secara waras, aku macam susah nak terima qada dan qadar yang telah ditentukan buat aku.

Mungkin ada sebab kenapa Allah takdirkan semua itu pada aku. mungkin juga sebab aku kuat dan oleh itu aku yang menjadi pilihan untuk menghadap ujian Nya. takpe. aku takkan merungut. jauh sekali menyerah kalah.


notakukukakiku: aku rasa aku kena banyak buat entri pasal perempuan cun, lelaki hensem, gosip-gosip artis seksi dan kacak, baru popular blog aku neh...muahahahhaha

Ditinggalkan~

Hai.

aku sunyi

dia tinggalkan aku

baru sehari tapi

kenapa rasa macam dah lama

gumok

cepat balik

gua tunggu lu!


credit pic

notakukukakiku : alah....kau neh manja sangat laa maria. demmm!

Kecoh Takda Dara!

Assalamualaikum. Hai.

Aku usya blog kawan blogger yang lain. tapi aku jadi heran tetiba jek nama DATEN MILANO a.k.a ADINDA EVANS jadi tajuk hangat. kenapa dengan budak neh? apa sudah jadi? artis ke dia neh? kaya ke dia neh? famous sangat ke dia neh? cun sangat ke dia neh? cari punya cari, aku pun jumpa la blog budak neh. aku usya dari a-z blog budak neh. semua nye aku baca. korang nak baca jugak ke? nah!hambik....



Kesimpulan aku lepas baca blog budak hingusan neh, memang aku kesian dekat dia. komen-komen dari blogger lain pun banyak yang kutuk dia. tapi bagi aku, kutuk dan maki bukan jalan penyelesaian. cuma yang perlu nasihatkan dia. dia masih kanak-kanak. masih mentah. tak payah nak heboh satu kampung dan gila bangga pasal benda neh.

Pesan aku dekat DATEN MILANO a.k.a ADINDA EVANS neh.
  • tak payah nak bangga sangat kalau kau takda dara. sebab satu hari nanti kau akan menyesal sampai ke mati sebab benda yang pernah kau banggakan dulu.
  • tak payah nak heboh satu kampung yang kau dah tak virgin sebab yang baca entri kau kawan-kawan kau, saudara-saudara kau.
  • biar muka buruk macam asal perangai tak buruk.
  • kalau mak bapak kau baca pengakuan berani kau tuh agak-agak, mak bapak kau sedih tak? silap haribulan, kau pulak yang kena halau keluar dari rumah.
  • tahniah sebab kau dah jadi glamer macam artis. lepas neh mesti ramai yang mintak otograf kau.
  • semua orang pernah melakukan kesilapan dan tak payah nak bangga dengan kesilapan yang telah kau lakukan.
  • delete jek entri tuh sebelum benda neh akan jadi rumit.
  • budak baru nak UP, semua benda nak diceritakan. bila takda dara, bangga gila sebab kau ingat kau ikut peredaraan semasa.
  • jangan nak cakap pasal maruah diri kalau kau sendiri pon tak tahu apa itu maruah diri.
  • pelacur pun takkan mengaku yang dia pelacur sebab tak mahu orang pandang hina. tapi yang kau neh apesal pulak?



notakukukakiku : takot bila jadi macam neh.

Ini Bukan Entri Mencarut

Assalamualaikum...ehem..ehem...Hai semua.

aku puasa hari ni. tapi dalam aku berpuasa aku asyik duk ulang tayang lagu FUCK YOU by lily allen. tak patut kan. memang tak patut pon. dah laa puasa tapi telinga asyik duk dengar lagu yang entah haram jadah hape. okay! sebenarnya aku stress sebab aku kena siapkan kerja yang bukan sepatutnya aku kena buat. kau cakap macam mana aku nak handle keadaan macam neh. aku tension dowh duk sini. tak best langsung.



lagu neh ditujukan kepada sesapa yang rasa dia bos tapi haram tak reti buat kerja termasuk laa aku.

sekian.


Rabun~~

Assalamualaikum. Hai.


Mata makin tak nampak


Pandangan makin kabur


Berdouble-double jadinya


Aku makin tak boleh nak fokus dengan keadaan sekeliling


Nampak gaya kena pakai cermin mata


Tapi risau takut jadi tak cantik walaupun hakikat sebenar memang dah tak cantik


Nak tak nak kena juga pakai spek


Sebab


Makin susah nak usha pakwe-pakwe hensem


Keputusan muktamad.


bila aku pakai spek, aku jadi comel macam neh. okay! sila percaya.



Lembut Tapi Pedih!

Hai.


Kawan perempuan aku cakap tadi


Lembut Tapi Pedih



Apa maknanya


Aku pun tak paham


korang paham?


sila  bagitahu aku maksudnya


Bai.



Sapa Nak Aku Belanja?Angkat Lutot Cepat!

Assalamualaikum. Hai semua.

Hari ini aku baik hati. aku nak belanja makan. sapa nak? cepat angkat bontot...eh salah...angkat siku. okay!aku tengah sewel. berbalik kepada cerita kita tadi aku terasa nak belanja orang makan. ada sesapa nak aku belanja makan cepat inform aku sebelum talian ditutup. meh datang shah alam, aku belanja. aku rasa duit aku banyak sangat. tak tahu pulak nak buat apa. okay!ayat macam mintak pelempang laju-laju.

Aku boleh bagi A+++++++ sebab walaupun bos aku bagi aku banyak kerja yang sepatutnya dia siapkan, aku lansong tak merungut. tapi selalunya kalau hari lain aku akan membantah, merungut atau melawan cakap dia. hari ni kalau sesapa yang rasa nak maki atau buat taek dengan aku, dipersilakan. sebab mood aku amat GOOD hari ni.



notakukukakiku : minta-minta jangan laa sesapa spoilkan mood aku hari ni.

Aku Dan Dia

Assalamualaikum.




Aku rasa aku makin tak betul

otak makin mental

jiwa makin meroyan

aku makin sensitif

aku makin cemburu dan

makin tak boleh nak bertolak ansur

macam bangang jek bila berada dalam situasi macam neh

dulu aku tak pernah pun macam neh

tapi sekarang aku rasa aku dah berubah

aku pun tak tahu

moga tak melarat

moga dia tahu dan memahami yang sesungguhnya

aku memang sayang dia sangat

i love you

okay!mood gatal. blah dulu

bai.

Aku Buang Tebiat

Hai. eh lupa Assalamualaikum.


Sekarang aku rasa mood malas melanda

malas nak pergi kerja

malas nak makan

malas nak keluar berdating

malas nak ambil tahu hal orang

malas nak pikir pasal duit overtime masuk ke tak

malas nak call mak dan abah

malas nak pergi seremban jenguk anak-anak buah aku

malas nak buat kerja kat opis

malas nak buka facebook

malas nak pergi pasaraya beli barang-barang

malas nak bercakap dengan orang

malas nak bermesra dengan sesapa

malas nak buat report

malas nak pergi toilet

malas nak bangun pagi

malas nak bantah cakap bos

sekian.



Aku rasa ini perempuan comel. tapi aku tak paham motif dia letak tangan dia macam tu. okay!aku suka melucah. sekian.


notakukukakiku : macam haram jek aku cakap macam neh.


Aku Gian.

Hai.

Aku rasa aku tak normal. semenjak dua menjak neh aku rasa gian aku semakin menjadi-jadi.  teruk betul bila aku tak dapat nak kawal gian aku neh. kalau aku tak dapat benda tu sehari memang aku akan jadi sasau.
aku kena pastikan yang aku tiap-tiap hari dapat benda tu. adeiii...susah jugak bile macam neh. dulu takde laa gian macam neh. tapi sekarang keadaan dah berubah. kak Liza yang ajar aku ambil benda tu. sekarang gian aku tak boleh dikawal. Ya!aku kena salahkan kak Liza kerana dia yang buat aku jadi macam ni. aku bukan gian dengan benda mengarut lain. aku bukan gian dengan dadah. gian dengan hidu gam. gian dengan ice. gian dengan pil-pil yang macam-macam sekarang neh. aku cuma gian dengan MILO yang WAK JAWA tu buat kat cafe bawah opis aku. mana ek dia pergi sebab sejak dia dah tak kerja situ memang aku dah tak boleh minum milo sedap lagi. kakak indon yang buat milo aku sekarang tak sedap. aku nak milo wak jawa tuh. nak jugak. nasib baik aku tak gian benda mengarut lain.


meleleh betol tengok milo neh~

notakukukakiku : aku tahu wak tuh dah jampi aku punya milo. tapi aku tak peduli. aku gian air milo wak. 


Duit Aku Dimana?

Assalamualaikum. Hai.


Duit aku hilang
Mana duit aku pergi?

Sapa yang ambil?

Aku pun tak tahu

Apa patut aku buat?

Patut kah aku rasa cool atau relaks

Atau biarkan saja duit tu hilang

Aku stress!

Gila banyak dugaan berlaku pada aku

Tapi takpe, aku redha

money..come to me baby....



Penat Tapi Cool~

Penat!letih. tapi aku cool jek. satu hari kena kejar buat semua benda sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa. rasa macam sudah gila tapi nasib baik tak gila lagi. kerja berlambak-lambak kena siapkan dulu sebelum pergi kursus kat Cameron Highland. aku kena rehatkan minda sekejap. chill....

credit picture




Aku rasa diorang hot. pheeeewwiiiittttt....

notakukukakiku : Okay! otak dah di refresh balik bila tengok diorang neh. haha..

Bagaimana Mahu Kurus Dan Lansing?

Assalamualaikum. Hai.

Aku rasa aku mahu ucapkan tahniah buat diri aku sendiri. tahniah yer.....tahniah sebab berjaya membela lemak-lemak. tahniah jugak sebab berjaya membesar bagaikan johan..what the paaakk betul la. aku dah gumuk. bangun jek pagi-pagi neh, berkobar-kobar dengan niat nak g mencari rezeki, pakai cantik-cantik. lepas tu rasa diri dah lama tak pakai seluar jeans. aku ambil la seluar jeans yang dilipat baeeekkk punye. bila tang nak pakai, aku perasan yang dekat peha sudah mengetat. aku rasa dulu aku beli seluar neh besar laa jugek tapi sekarang??kenapa?mengapa?aku sudah gemuk. dem...

Aku rasa dah macam-macam aku guna untuk kurus. aku rasa aku obses untuk kurus. dulu aku pernah rasa diri aku gemuk dan bila makan aku nak muntahkan balik. aku sudah jadi bumilia. aku sudah gila dan aku juga sudah mental. aku obses kurus. aku nak kurus. tapi aku rasa makin aku meroyan nak kurus, makin menjadi-jadi pulak lemak neh dibela.


Benda alah neh pun aku dah makan. asal makan jek nak terberak. sapa-sapa yang ada sembelit tuh aku rasa sesuai la sangat makan pil merit neh. tapi jangan amal selalu sebab aku rasa pil neh tak elok sangat dan akan buat korang dehydrate sebab selalu berak. air pun dah kurang dalam badan.



Yang ni pulak memang haram laa nak menjadi. tergoda dengan si Nora Danish yang jadi duta dunia herbs neh, aku pun beli la juga. tapi hampeh.pakai punya pakai takde kurus juga perut aku neh. cuba la kalau nak ambil duta produk tuh yang memang dah terbukti yang dia tuh memang gumuk macam adibah noor  aku neh. baru la betul. ini tidak. ambil duta yang memang dah gila comel,mantop, cun. penipu betul.

aku rasa kalau nak kurus senang jek. cuma aku neh pemalas. malas nak bersenam dan bersukan bagai. aku lagi suka tidur kat rumah daripada bersenam petang-petang. cuba korang cakap macam mana aku nak kurus kalau macam tu. dah laa makan malam. mentekedarah sama banyak dengan si gumuk tuh. kalau aku cakap nak diet pun, dia ajak jugak aku teman dia makan. mula-mula memang teman makan jek, tapi lama-lama sapa boleh tahan kalau tengok dia melantak sedap-sedap. dengki!haha


notakukukakiku : nak seribu daya, tak nak seribu dalih.




Bola Dan Bola Dan Bola Lagi

Assalamualaikum. Hai.


Tadi aku baca isuhangat dan aku tertarik dengan satu entri dia. so, aku nak kongsi dengan korang semua. sapa kata penyokong kelantan neh ganas?samseng?kaki pukul kaki belasah? ishhh...ishhh...ishh..tak patut betul. tapi brader-brader neh semua memang cool okay. aku suka.






abang-abang neh semua cool kan? aku suka..haha...tapi aku tak paham kenapa ada sesetengah orang sanggup berjaga malam sebab nak tengok bola. alahai~~dah takda kerja betul. kalau bangun buat susu anak ke, tukar pampers anak ke, ok la jugak. tapi tak tidur malam sebab nak tengok bola. apa yang syok nya tengok bola? tengok orang lari kejar-kejar bola. lepas dah dapat bola, tendang pulak. ape kejadahnya kejar bola kalau nak sepak balik. seriOus tak paham. kalau nak harapkan aku tengok bola memang takdo la. aku tengok bola pun sebab temankan si gumuk tuh yang memang gila bola tahap gaban. aku rasa aku patut belajar bagaimana nak kasi aku neh minat pada bola sepak. dan aku dah tahu dah cara macam mana..hehe...


dan ini adalah cara-cara untuk aku minat pada bola...hahahahaha....


Laki orang pon takpelaa...janji hadO

fuh~~hensem

Bekham!walau dah nak pencen tapi takpe asal mantOp


notakukukakiku : malam neh kena teman gumuk tengok bola kat karangkraf Kelantan vs Selangor  -_-