Bagaimana Mahu Kurus Dan Lansing?

Assalamualaikum. Hai.

Aku rasa aku mahu ucapkan tahniah buat diri aku sendiri. tahniah yer.....tahniah sebab berjaya membela lemak-lemak. tahniah jugak sebab berjaya membesar bagaikan johan..what the paaakk betul la. aku dah gumuk. bangun jek pagi-pagi neh, berkobar-kobar dengan niat nak g mencari rezeki, pakai cantik-cantik. lepas tu rasa diri dah lama tak pakai seluar jeans. aku ambil la seluar jeans yang dilipat baeeekkk punye. bila tang nak pakai, aku perasan yang dekat peha sudah mengetat. aku rasa dulu aku beli seluar neh besar laa jugek tapi sekarang??kenapa?mengapa?aku sudah gemuk. dem...

Aku rasa dah macam-macam aku guna untuk kurus. aku rasa aku obses untuk kurus. dulu aku pernah rasa diri aku gemuk dan bila makan aku nak muntahkan balik. aku sudah jadi bumilia. aku sudah gila dan aku juga sudah mental. aku obses kurus. aku nak kurus. tapi aku rasa makin aku meroyan nak kurus, makin menjadi-jadi pulak lemak neh dibela.


Benda alah neh pun aku dah makan. asal makan jek nak terberak. sapa-sapa yang ada sembelit tuh aku rasa sesuai la sangat makan pil merit neh. tapi jangan amal selalu sebab aku rasa pil neh tak elok sangat dan akan buat korang dehydrate sebab selalu berak. air pun dah kurang dalam badan.



Yang ni pulak memang haram laa nak menjadi. tergoda dengan si Nora Danish yang jadi duta dunia herbs neh, aku pun beli la juga. tapi hampeh.pakai punya pakai takde kurus juga perut aku neh. cuba la kalau nak ambil duta produk tuh yang memang dah terbukti yang dia tuh memang gumuk macam adibah noor  aku neh. baru la betul. ini tidak. ambil duta yang memang dah gila comel,mantop, cun. penipu betul.

aku rasa kalau nak kurus senang jek. cuma aku neh pemalas. malas nak bersenam dan bersukan bagai. aku lagi suka tidur kat rumah daripada bersenam petang-petang. cuba korang cakap macam mana aku nak kurus kalau macam tu. dah laa makan malam. mentekedarah sama banyak dengan si gumuk tuh. kalau aku cakap nak diet pun, dia ajak jugak aku teman dia makan. mula-mula memang teman makan jek, tapi lama-lama sapa boleh tahan kalau tengok dia melantak sedap-sedap. dengki!haha


notakukukakiku : nak seribu daya, tak nak seribu dalih.




5 comments:

  1. Anonymous10:12:00 p.m.

    posa laa wei..kalo tak posa ganti..posa sunat laa..sesambil dapat pahala..dpt gak kurus..huh..poyos laa lu..

    yg benar,
    org somban(hotel coral)..hehe..

    ReplyDelete
  2. emm tunggu bulan puasa ni..insyaAllah turun berat badan heheh

    ReplyDelete
  3. anon: i think i know who you are...macam laa die kurus sgt..haha

    syux:tu kalau turun..kalo mase bebuka pose tu mentekedarah bagai tak hengat dunia macamane pulak??haha

    ReplyDelete
  4. sama plak la kita punye misi..kite pun nak kurus..xlama lg nak konvo xkn nk gemuk2 mcm ni..malu gile rase down sgt2..harap2 nt boleh bantu kite skali ea..TQ

    ReplyDelete
  5. ainol:tapi saya rasa sekarang mmg trend chubby2 laa...hihik

    ReplyDelete