Ini Bukan Entri Mencarut

Assalamualaikum...ehem..ehem...Hai semua.

aku puasa hari ni. tapi dalam aku berpuasa aku asyik duk ulang tayang lagu FUCK YOU by lily allen. tak patut kan. memang tak patut pon. dah laa puasa tapi telinga asyik duk dengar lagu yang entah haram jadah hape. okay! sebenarnya aku stress sebab aku kena siapkan kerja yang bukan sepatutnya aku kena buat. kau cakap macam mana aku nak handle keadaan macam neh. aku tension dowh duk sini. tak best langsung.



lagu neh ditujukan kepada sesapa yang rasa dia bos tapi haram tak reti buat kerja termasuk laa aku.

sekian.


Rabun~~

Assalamualaikum. Hai.


Mata makin tak nampak


Pandangan makin kabur


Berdouble-double jadinya


Aku makin tak boleh nak fokus dengan keadaan sekeliling


Nampak gaya kena pakai cermin mata


Tapi risau takut jadi tak cantik walaupun hakikat sebenar memang dah tak cantik


Nak tak nak kena juga pakai spek


Sebab


Makin susah nak usha pakwe-pakwe hensem


Keputusan muktamad.


bila aku pakai spek, aku jadi comel macam neh. okay! sila percaya.



Lembut Tapi Pedih!

Hai.


Kawan perempuan aku cakap tadi


Lembut Tapi Pedih



Apa maknanya


Aku pun tak paham


korang paham?


sila  bagitahu aku maksudnya


Bai.



Sapa Nak Aku Belanja?Angkat Lutot Cepat!

Assalamualaikum. Hai semua.

Hari ini aku baik hati. aku nak belanja makan. sapa nak? cepat angkat bontot...eh salah...angkat siku. okay!aku tengah sewel. berbalik kepada cerita kita tadi aku terasa nak belanja orang makan. ada sesapa nak aku belanja makan cepat inform aku sebelum talian ditutup. meh datang shah alam, aku belanja. aku rasa duit aku banyak sangat. tak tahu pulak nak buat apa. okay!ayat macam mintak pelempang laju-laju.

Aku boleh bagi A+++++++ sebab walaupun bos aku bagi aku banyak kerja yang sepatutnya dia siapkan, aku lansong tak merungut. tapi selalunya kalau hari lain aku akan membantah, merungut atau melawan cakap dia. hari ni kalau sesapa yang rasa nak maki atau buat taek dengan aku, dipersilakan. sebab mood aku amat GOOD hari ni.



notakukukakiku : minta-minta jangan laa sesapa spoilkan mood aku hari ni.

Aku Dan Dia

Assalamualaikum.




Aku rasa aku makin tak betul

otak makin mental

jiwa makin meroyan

aku makin sensitif

aku makin cemburu dan

makin tak boleh nak bertolak ansur

macam bangang jek bila berada dalam situasi macam neh

dulu aku tak pernah pun macam neh

tapi sekarang aku rasa aku dah berubah

aku pun tak tahu

moga tak melarat

moga dia tahu dan memahami yang sesungguhnya

aku memang sayang dia sangat

i love you

okay!mood gatal. blah dulu

bai.

Aku Buang Tebiat

Hai. eh lupa Assalamualaikum.


Sekarang aku rasa mood malas melanda

malas nak pergi kerja

malas nak makan

malas nak keluar berdating

malas nak ambil tahu hal orang

malas nak pikir pasal duit overtime masuk ke tak

malas nak call mak dan abah

malas nak pergi seremban jenguk anak-anak buah aku

malas nak buat kerja kat opis

malas nak buka facebook

malas nak pergi pasaraya beli barang-barang

malas nak bercakap dengan orang

malas nak bermesra dengan sesapa

malas nak buat report

malas nak pergi toilet

malas nak bangun pagi

malas nak bantah cakap bos

sekian.



Aku rasa ini perempuan comel. tapi aku tak paham motif dia letak tangan dia macam tu. okay!aku suka melucah. sekian.


notakukukakiku : macam haram jek aku cakap macam neh.


Aku Gian.

Hai.

Aku rasa aku tak normal. semenjak dua menjak neh aku rasa gian aku semakin menjadi-jadi.  teruk betul bila aku tak dapat nak kawal gian aku neh. kalau aku tak dapat benda tu sehari memang aku akan jadi sasau.
aku kena pastikan yang aku tiap-tiap hari dapat benda tu. adeiii...susah jugak bile macam neh. dulu takde laa gian macam neh. tapi sekarang keadaan dah berubah. kak Liza yang ajar aku ambil benda tu. sekarang gian aku tak boleh dikawal. Ya!aku kena salahkan kak Liza kerana dia yang buat aku jadi macam ni. aku bukan gian dengan benda mengarut lain. aku bukan gian dengan dadah. gian dengan hidu gam. gian dengan ice. gian dengan pil-pil yang macam-macam sekarang neh. aku cuma gian dengan MILO yang WAK JAWA tu buat kat cafe bawah opis aku. mana ek dia pergi sebab sejak dia dah tak kerja situ memang aku dah tak boleh minum milo sedap lagi. kakak indon yang buat milo aku sekarang tak sedap. aku nak milo wak jawa tuh. nak jugak. nasib baik aku tak gian benda mengarut lain.


meleleh betol tengok milo neh~

notakukukakiku : aku tahu wak tuh dah jampi aku punya milo. tapi aku tak peduli. aku gian air milo wak. 


Duit Aku Dimana?

Assalamualaikum. Hai.


Duit aku hilang
Mana duit aku pergi?

Sapa yang ambil?

Aku pun tak tahu

Apa patut aku buat?

Patut kah aku rasa cool atau relaks

Atau biarkan saja duit tu hilang

Aku stress!

Gila banyak dugaan berlaku pada aku

Tapi takpe, aku redha

money..come to me baby....



Penat Tapi Cool~

Penat!letih. tapi aku cool jek. satu hari kena kejar buat semua benda sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa. rasa macam sudah gila tapi nasib baik tak gila lagi. kerja berlambak-lambak kena siapkan dulu sebelum pergi kursus kat Cameron Highland. aku kena rehatkan minda sekejap. chill....

credit picture




Aku rasa diorang hot. pheeeewwiiiittttt....

notakukukakiku : Okay! otak dah di refresh balik bila tengok diorang neh. haha..

Bagaimana Mahu Kurus Dan Lansing?

Assalamualaikum. Hai.

Aku rasa aku mahu ucapkan tahniah buat diri aku sendiri. tahniah yer.....tahniah sebab berjaya membela lemak-lemak. tahniah jugak sebab berjaya membesar bagaikan johan..what the paaakk betul la. aku dah gumuk. bangun jek pagi-pagi neh, berkobar-kobar dengan niat nak g mencari rezeki, pakai cantik-cantik. lepas tu rasa diri dah lama tak pakai seluar jeans. aku ambil la seluar jeans yang dilipat baeeekkk punye. bila tang nak pakai, aku perasan yang dekat peha sudah mengetat. aku rasa dulu aku beli seluar neh besar laa jugek tapi sekarang??kenapa?mengapa?aku sudah gemuk. dem...

Aku rasa dah macam-macam aku guna untuk kurus. aku rasa aku obses untuk kurus. dulu aku pernah rasa diri aku gemuk dan bila makan aku nak muntahkan balik. aku sudah jadi bumilia. aku sudah gila dan aku juga sudah mental. aku obses kurus. aku nak kurus. tapi aku rasa makin aku meroyan nak kurus, makin menjadi-jadi pulak lemak neh dibela.


Benda alah neh pun aku dah makan. asal makan jek nak terberak. sapa-sapa yang ada sembelit tuh aku rasa sesuai la sangat makan pil merit neh. tapi jangan amal selalu sebab aku rasa pil neh tak elok sangat dan akan buat korang dehydrate sebab selalu berak. air pun dah kurang dalam badan.



Yang ni pulak memang haram laa nak menjadi. tergoda dengan si Nora Danish yang jadi duta dunia herbs neh, aku pun beli la juga. tapi hampeh.pakai punya pakai takde kurus juga perut aku neh. cuba la kalau nak ambil duta produk tuh yang memang dah terbukti yang dia tuh memang gumuk macam adibah noor  aku neh. baru la betul. ini tidak. ambil duta yang memang dah gila comel,mantop, cun. penipu betul.

aku rasa kalau nak kurus senang jek. cuma aku neh pemalas. malas nak bersenam dan bersukan bagai. aku lagi suka tidur kat rumah daripada bersenam petang-petang. cuba korang cakap macam mana aku nak kurus kalau macam tu. dah laa makan malam. mentekedarah sama banyak dengan si gumuk tuh. kalau aku cakap nak diet pun, dia ajak jugak aku teman dia makan. mula-mula memang teman makan jek, tapi lama-lama sapa boleh tahan kalau tengok dia melantak sedap-sedap. dengki!haha


notakukukakiku : nak seribu daya, tak nak seribu dalih.




Bola Dan Bola Dan Bola Lagi

Assalamualaikum. Hai.


Tadi aku baca isuhangat dan aku tertarik dengan satu entri dia. so, aku nak kongsi dengan korang semua. sapa kata penyokong kelantan neh ganas?samseng?kaki pukul kaki belasah? ishhh...ishhh...ishh..tak patut betul. tapi brader-brader neh semua memang cool okay. aku suka.






abang-abang neh semua cool kan? aku suka..haha...tapi aku tak paham kenapa ada sesetengah orang sanggup berjaga malam sebab nak tengok bola. alahai~~dah takda kerja betul. kalau bangun buat susu anak ke, tukar pampers anak ke, ok la jugak. tapi tak tidur malam sebab nak tengok bola. apa yang syok nya tengok bola? tengok orang lari kejar-kejar bola. lepas dah dapat bola, tendang pulak. ape kejadahnya kejar bola kalau nak sepak balik. seriOus tak paham. kalau nak harapkan aku tengok bola memang takdo la. aku tengok bola pun sebab temankan si gumuk tuh yang memang gila bola tahap gaban. aku rasa aku patut belajar bagaimana nak kasi aku neh minat pada bola sepak. dan aku dah tahu dah cara macam mana..hehe...


dan ini adalah cara-cara untuk aku minat pada bola...hahahahaha....


Laki orang pon takpelaa...janji hadO

fuh~~hensem

Bekham!walau dah nak pencen tapi takpe asal mantOp


notakukukakiku : malam neh kena teman gumuk tengok bola kat karangkraf Kelantan vs Selangor  -_-

Lelaki Makhluk Aneh


Aku ingat lelaki tak suka bergosip


Aku ingat lelaki tak suka melodi


Aku ingat lelaki cuma suka futsal


aku ingat lelaki cuma minat bola


Tapi aku silap


Lelaki makhluk yang aneh bukan??




 
notakukukakiku : pukul berapa laa boleh keluar makan kalau asyik mengadap MELODI jek


Lelaki Zaman Sekarang


Aku rasa lelaki sekarang gila.


Aku rasa lelaki sekarang psycho.


Aku rasa lelaki sekarang mental.


Aku rasa lelaki sekarang dah tak betul.


Aku rasa lelaki sekarang dah buang tebiat.






So, you all berhati-hati la ye. terutama sekali yang pergi kerja jalan kaki macam aku neh. bila dah jadi macam neh risau la pulak. okay! tu je aku nak ingatkan. kita sama-sama laa berhati-hati sebab sasaran lelaki neh hanya perempuan melayu bertudung dan perempuan india jek. Motif dia simbah asid? aku pon tak tahu. kalau dapat berkas dia neh aku rasa elok kita simbah asid ramai-ramai dekat dia, kasi basuh biar putih sikit kulit dia tuh.

Notakukukakiku : Betul ke kajian mengatakan yang lelaki-lelaki sekarang dah ramai sakit mental??


Gua Tahu Siapa Gua

Assalamualaikum. Hai.

Tak payah nak puji awek lu depan gua okay. sebab gua tak suka. dan tak payah nak mention lebih-lebih pasal awek lu sebab gua tau gua siapa di mata lu.
  1. gua tahu awek lu baik hati, gua pulak selalu moody.
  2. gua tahu awek lu pendiam, gua pulak mulut macam bontot ayam.
  3. gua tahu awek lu muka macam si eja artis, gua pulak muka macam rosnah mat aris.
  4. gua tahu awek lu baik, gua pulak perangai macam taek.
  5. gua tahu awek lu memang romentik, gua pulak asyik nak menggedik.
  6. gua tahu awek lu cantik + ayu, gua pulak muka macam pecah pintu.
  7. gua tahu awek lu kulit putih melepak, gua pulak kulit macam mendung berarak.
  8. gua tahu awek lu lemah lembut+muka suci, gua pulak kasar macam lelaki.
  9. gua tahu awek lu sopan, gua pulak perangai kadang-kadang macam setan.
  10. gua tahu awek lu manja, gua pulak selalu mengada-ngada.
  11. gua tahu awek lu dalam hati ada taman, gua pulak selalu jek garang.

credit picture

Okay laa.okay!! senang cerita. gua dah bosan sebenarnya. gua malas nak cakap banyak. lu nak dekat dia, lu pegi la. sikit pun gua tak halang lu. lepas tu tak payah nak cari-cari gua lagi. gua tak suka. memang lepas lu cakap semalam, gua nak cover. buat macam takda apa-apa berlaku. tapi gua tak boleh ah. lu silap time laa nak gurau-gurau bhai. nak gurau pergi surau. perempuan mental mana yang tak marah kalau ada kat tempat gua. okay! gua malas nak pikir.


notakukukakiku : dah mula pikir dua tiga kali. lu tahu kan apa yang gua pikir...

Aku Homesick~~

Assalamualaikum. Hai.

 
Bila umur dah dah tua dan menginjak ke angka 24 neh tetiba jek aku rasa nak balik ke masa-masa dulu. masa aku remaja, masa aku kanak-kanak, rindu masa aku dizaman kegemilangan dulu...heppp...ko hengat ko artis ke hape maria oi. maria adalah nama aku. dan aku adalah maria. serius aku rindu semua benda-benda tuh.
    1. Aku rindu untuk duduk dirumah, bertempek dan berkepit dengan mak abah aku.
    2. Aku rindu nak bergaduh dan bergasak dengan adik aku berebut remote tv.
    3. Aku rindu nak dengar mak aku membebel-bebel kat aku.
    4. Aku rindu nak kena piat telinga dan kena sebat dengan hanger sebab lewat bangun sembahyang subuh.
    5. Aku rindu nak hang out dengan kawan-kawan sekolah aku walaupun hanya di kedai makcik goreng pisang jek.
    6. Aku rindu nak kena marah dengan abah aku sebab nakal gila.
    7. Aku rindu nak bertenggek dekat beranda depan rumah sambil bergosip dengan adik aku.
    8. Aku rindu nak duduk bawah pokok jambu sambil makan asam mangga.
    9. Aku rindu nak naik motosikal sambil ronda-ronda kampung sampai lebam.
    10. Aku rindu nak makan bubur nasi yang makcik dekat simpang batu 11 tu punya. meletOp.
    11. aku rindu dengan keadaan otak aku yang dulu dimana tak punya masalah dan fresh jek.
    12. Aku rindu nak tido pelok mashimaro aku.
    13. Aku rindu nak makan bersuap dengan mak aku.
    14. Aku rindu nak drive kereta keluar berpoya-poya dengan adik aku.
    15. Aku rindu nak shopping sampai mabok dekat rantau panjang.

Sekarang aku ada masalah disini dimana aku tak dapat menyesuaikan diri walaupun dah setahun 5 bulan aku menetap di Shah Alam kesayangan si gumOk aku tuh. aku tetap tak dapat menerima situasi ini. Shah Alam bukan tempat untuk orang macam aku okay. aku orang kampung. aku nak duduk kampung. aku suka kampung. Shah Alam...boleh tak kalau kau pergi jauh-jauh dari hidup aku. sebab aku tak suka kau laa...paham tak?
 
notakukukakiku : boleh tak kalau saya nak semua tu?sila jawab....



Sup superSIAL Terhebat Di Pasaran

Semalam aku pergi keluar makan kat kedai seksyen 18. tetiba pulak tekak aku neh rasa nak makan sup daging. dan kat sana memang port kitorang makan bila teringin nak makan sup. sup dia memang tersohor meletop kebaboomm.

akak : mau makan apa ya dik?
aku : saya nak sup campur, nasi ngan tea o panas.
mygumok : saya nak sup tulang + perut + daging..bla..bla..bla (makan banyak betul budak gumok neh)
akak : okay~~adik nak sup campur satu, sup superSIAL satu
mygumok : (tetiba jek menyampuk)...kak,saya nak sup tulang+perut+daging.
akak : yelaaa....sup superSIAL la tu dik. mangkok besar.
mygumok : okay (muka tak puas hati)

aku diam jek. terkebil-kebil cari menu superSIAL tu. tak pernah aku dengar menu yang tak senonoh macam tu. lepas tu mygumOk bagitahu.."Owh~~sup superSIAL tuh sup special laa". maknanya SUPERSIAL=SPECIAL. mak aih...apehal buruk beno namanya.

notakukukakiku : macam-macam betul. tergelak sampai pecah perut

Selamat Hari Ibu.



Assalamualaikum.

Semalam hari ibu. aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada ibu aku, Azizon bt Awang dan juga kepada ibu-ibu dan juga bakal ibu di seluruh dunia. tak kira apa yang korang panggil ibu, mummy, mak, amma, umi, mama, selamat hari ibu kat ibu-ibu korang semua. yang mana dah tak mempunyai ibu, sedekahkan Al-Fatihah moga roh-roh mereka dicucuri rahmat.

Semalam aku rasa bangang sangat sebab sepatutnya aku kol mak aku ucap kat dia selamat hari ibu tapi mak aku yang kol aku. aku sedih bila mak aku tanya kenapa aku dah jarang kol dia. mak aku bagitahu yang dulu setiap hari lepas balik kerja aku akan kol dia. sekarang aku dah jarang kol dia. aku mengaku! sekarang aku kol mak aku dua atau tiga hari sekali. bukan aku sengaja. tapi aku susah hati. bila aku kol mak aku mesti aku rasa sedih. mesti air mata aku neh senang je nak mencurah-curah keluar. tapi aku silap sebenarnya. aku sepatutnya kol mak aku walaupon aku sedih dan tak sanggup dengar suara dia. sebab bila aku tak kol dia aku hanya buat mak aku sedih.

Mesti mak aku fikir aku sudah berubah sejak aku kerja. tak! aku tak pernah berubah. aku anak manja mak dan abah aku. aku tetap anak kesayangan dorang. sikit pon aku tak pernah berubah. Oke. aku rasa aku patut berhenti disini. aku rasa aku patut balik kg bercuti tenangkan fikiran. aku rasa aku patut pindah balik kelantan. aku rasa aku patut kol mak aku tiap-tiap hari seperti selalu. aku rasa aku patut menggembirakan mak aku.


notakukukakiku : saya masih anak manja mak dan abah! jangan risau. saya akan tetap jadi anak kesayangan mak dan abah.

Ashley Banjo Hot!!

Assalamualaikum. Hai.

Tadi aku tengok got to dance. tetibe pulak jari neh gatal nak buat entri pasal juri dia si Ashley Benjo Buger Banjo yang hot lagi hensem neh. meleleh beb bila tengok dia senyum. gila ah. oke. aku nak review sikit pasal si Ashley Banjo neh. dia neh leader kumpulan Diversity yang menang American Got Talent 2009. Dah laa femes, bijak pandai pulak tuh.eh...banyak cerita pun tak guna. kau tengok la sendiri.

Hensem!Kacak!Hot!MantOp~~
Gila tinggi Ashley neh~


Aku suka tengok dia senyum~~
seriOus aku suka dia senyum~~


Tapi dia dah ada awek dah. sikit sebanyak aku dah melepas nak ngorat dia. tapi takpe. disebabkan awek dia tuh mantOp dan meletOp, aku rela dia jadi madu aku. sekian.

notakukukakiku: nasib laa incik boifren tak tinggi macam dia neh...ooppppssss..haha.




























Bahagianya Jadi Pelajar

  1. Tulis surat kat cikgu cakap bini dia mandul. demm.
  2. Join geng2 perempuan buli seorang dak lelaki skema dalam kelas aku masa sekolah menengah.
  3. Ponteng kelas dengan geng2 sekolah aku dalam bilik peperiksaan.
  4. Selalu buat alasan sakit perut dan sengugut sebab tanak pergi sekolah.
  5. Tulis surat dekat budak yang aku admire dan paksa kawan aku jadi posmen.
  6. Masa form 2, aku akan pastikan dalam seminggu aku tak pergi sekolah sebab sekolah petang buat aku mengantuk dan tak fokus.
  7. Aku akan belajar bersungguh-sungguh bila aku rasa cikgu yang mengajar aku tu hensem, kacak, menarik dan suka berjenaka.
  8. Selalu masuk tuisyen 15 minit sebelum kelas nak habis.
  9. Kena berhadapan dengan situasi yang sukar iaitu : cikgu sejarah GAY yang suka comolot dengan budak lelaki jambu2 dalam kelas aku...yeeekkkssss...jijik dowh..
  10. Gelakkan kawan aku sampai terguling2 sebab dia jatuh longkang masa perhimpunan pagi. Tue laa, orang baca doa kau terkedek2 lak nak menggedik. kan tuhan dah bayar cash...haha..
  11. Selalu buat alasan aku semput dan ada asma bila kena masuk acara pada hari sukan sekolah.
  12. Aku biasanya akan jadi AJK jamuan kelas bila hujung tahun..haha
  13. Aku suka bodek cikgu bila aku tak siap homework tapi biasanya aku tetap akan kena denda.
  14. Aku dan geng2 kelas aku kena rotan sampai berbekas dekat betis disebabkan ketua kelas dan penolong kelas berpakat nak kenakan kitorang. pastu tau pulak nak menyesal minta maaf..cettt...tak guna punya member.
  15. Dulu aku rasa aku lelaki sebab selalu join budak lelaki dalam apa jua aktiviti diorang tapi sekarang aku baru perasan yang aku adalah perempuan. oke. demm.
notakukukakiku : aku akui aku nakal tapi aku sangat suka subjek bahasa melayu masa form3. aku sayang cikgu Razali walaupun dia dah kertu tapi aku sayang dia sgt2.

Hati Panas

Kau rasa kau hebat sangat ke?
Kau rasa kau best sangat ke?
Kau rasa kau popular dan disukai ramai?
Kau rasa kau reti buat kerja?
Kau rasa kau bijak+cerdik+pandai?
Kau rasa best bila dapat buli aku?
Aku tak suka kau

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"

Kau hengat aku suka sangat kat kau. Kalau tak reti buat keja, tak payah laa sesuka ati nak arah2 orang. apa salahnya cakap elok2. aku pon iklas buat keja kalau kau reti hormat orang lain.
Ok...kesimpulannya..aku tak suka kau!!
tapi kalau kau tak suka aku, ada ke aku kesah??
...Whatever...

notakukukakiku : aku tak suka mencarut tapi aku terpaksa