Hujan Rintik-Rintik, Hati Tak Cantik.


Hai. Assalamualaikum.

Aku kena pindah opis kat Klang.

Gila zalim bos aku sebab buat aku macam neh.

Bukan aku sorang je tapi semua team aku. 

Mesti aku ada masalah untuk menerima keadaan baru nanti.

Dan disebabkan itu, aku kena pindah rumah juga.

Jauh dari dia, jauh dari Shah Alam. 

Damn!

Dan juga padan muka aku.
sekian.



Sayangilah Orang Tua Kita Selagi Dia Masih Ada

Hai semua. Assalamualaikum.

Dari aritu lagi aku nak update pasal hari bapa. tapi disebabkan kerja banyak berlambak bagai nak gila, aku pospon la dulu entri neh. Okay! hari nie jom aku nak cita pasal abah, dedy, ayah, appa..ah...gasak korang laa nak panggil apa. aku panggil bapak aku abah jer tapi kadang-kadang dedy. kau tengok la betapa poyo nya aku.

Tadaaaa....Abah saya muncet macam si Gumok..haha

Abah...saya cuma nak ucap selamat hari bapa kat abah. terima kasih laa sebab sudi jaga saya sampai saya besar. sudi manjakan saya dan sudi penuhi segala apa yang saya nak selama neh. saya tak mampu nak balas jasa abah yang selama neh bokojo sekuek nyo untuk bagi family kita hidup selesa. sekarang anak-anak abah dah berjaya. penat lelah abah saya dan adik beradik akan balas. itu janji saya. tahun neh takda hadiah untuk abah sempena hari bapa sebab saya jauh diperantauan T_____T. tapi saya dah wish pon dah kira okay kan abah kan. hehe.

Dulu kalau korang nak tahu abah aku gila garang masa aku kecik-kecik. aku dah laa degil gila. kesian mak aku back up aku takut aku kena bantai ngan abah aku. aku penah kena piat telinga. aku penah kena bantai ngan hanger. aku penah kena rotan. ah...sume aku penah laa...korang cakap je apa hukuman yang ada kat atas mukabumi neh semua aku dah penah rasa. ganas tak aku. dulu-dulu penah laa aku rasa yang abah aku tak sayangkan aku. tapi dah besar-besar neh aku baru realize yang dia memang sayangkan aku. kalau tak takkan laa adik beradik aku jeles sebab abah aku beli keta untuk aku..wahahahahahahahaha (gelak jahat).

Okay laa, kesimpulan daripada entri aku kali neh, sayangi laa bapa korang selagi dia masih ada. kalau dia dah takda nanti takda guna korang menangis menyesal.

notakukukakiku: abah, harijadi abah tahun depan boleh tak saya bagi hadiah menantu kat abah? abah nak tak? muehehehehehe

Siapa Makcik Tua Dalam Lif Pagi Tadi? ~Misteri~

Hai.

tadi aku naik lif tadi pepagi buta sorang-sorang.

banyak kerja kat opis yang aku kena siapkan (gile rajin kan aku neh hari minggu pon keja)

tetiba jek ada sorang makcik tua neh naek lif skali ngan aku.

muka gila pucat.

pakai topi tak nampak muka.

aku nak tengok muka makcik neh

 tapi

aku takut

aku biarkan saja

tapi aku heran ape makcik tuh buat pepagi buta dekat bangunan Sunwaymas neh.

aku tak pernah nampak dia

sampai je tingkat sebelas, cepat-cepat aku keluar

sambil ekor mata aku tengok dia

sumpah!

bulu roma aku tegak

makcik tuh tengok aku.

aku terus blah tak tengok muka dia

gile seram. naseb baik aku berani! haha


hah!macam neh la pucat muka makcik tuh.

Marah Tak Bersebab

Hai.

credit pix


aku tengah marah neh. tengah bengang. tapi aku tak tahu kenapa aku marah dan rasa bengang. takda sebab untuk itu. tetiba aku rasa tak puas hati dengan keadaan sekeliling. keje banyak berlambak-lambak macam aku rasa nak hirup oksigen sampai tak menyempat. nasib baik lubang hidung aku besar naseb laa dapat hirup udara lebih sikit daripada orang lain.

okay!! bukan pasal lubang hidung aku besar yang aku nak cerita kat sini. aku nak cerita pasal keadaan diri aku yang tak pandai nak manage kemarahan, situasi dan keadaan sekeliling. aku perasan bila aku period aku akan jadi monster yang tunggu masa jek nak membaham mangsa. perkara neh tak berubah daripada dulu lagi. sukar dikawal betul. korang pernah rasa macam aku rasa tak bila korang bulan mengambang??ce cite kat aku sket. ke aku yang tak normal? hadoiiiiii......

macam sengal jek kan bila ini berlaku kat aku..ciiittttttt.....yang jadi mangsa keadaan si gemok tu laa. nasib baik dia tu memahami dan mengasihani diri aku yang perangai memang macam mintak pelempang jek.

okay laa. aku dah puas membebel. aku takda mood nak keluar dating dan berpoya-poya dengan dia. bai.

notakukukakiku : esok aku kena pergi kursus pengurusan jenazah HIV/AIDS. nanti aku cerita lagi. ilebiu.

Aku Terima Takdir Itu

Assalamualaikum. Hai semua.

Kenapa ye kadang-kadang semua benda yang kita nak tak dapat? kadang-kadang aku bole terima semua yang Allah dah takdirkan buat aku sebab aku tahu Allah hanya akan bagi yang terbaik buat aku.

Tapi kenapa bila aku tak dapat nak berfikir secara waras, aku macam susah nak terima qada dan qadar yang telah ditentukan buat aku.

Mungkin ada sebab kenapa Allah takdirkan semua itu pada aku. mungkin juga sebab aku kuat dan oleh itu aku yang menjadi pilihan untuk menghadap ujian Nya. takpe. aku takkan merungut. jauh sekali menyerah kalah.


notakukukakiku: aku rasa aku kena banyak buat entri pasal perempuan cun, lelaki hensem, gosip-gosip artis seksi dan kacak, baru popular blog aku neh...muahahahhaha

Ditinggalkan~

Hai.

aku sunyi

dia tinggalkan aku

baru sehari tapi

kenapa rasa macam dah lama

gumok

cepat balik

gua tunggu lu!


credit pic

notakukukakiku : alah....kau neh manja sangat laa maria. demmm!

Kecoh Takda Dara!

Assalamualaikum. Hai.

Aku usya blog kawan blogger yang lain. tapi aku jadi heran tetiba jek nama DATEN MILANO a.k.a ADINDA EVANS jadi tajuk hangat. kenapa dengan budak neh? apa sudah jadi? artis ke dia neh? kaya ke dia neh? famous sangat ke dia neh? cun sangat ke dia neh? cari punya cari, aku pun jumpa la blog budak neh. aku usya dari a-z blog budak neh. semua nye aku baca. korang nak baca jugak ke? nah!hambik....



Kesimpulan aku lepas baca blog budak hingusan neh, memang aku kesian dekat dia. komen-komen dari blogger lain pun banyak yang kutuk dia. tapi bagi aku, kutuk dan maki bukan jalan penyelesaian. cuma yang perlu nasihatkan dia. dia masih kanak-kanak. masih mentah. tak payah nak heboh satu kampung dan gila bangga pasal benda neh.

Pesan aku dekat DATEN MILANO a.k.a ADINDA EVANS neh.
  • tak payah nak bangga sangat kalau kau takda dara. sebab satu hari nanti kau akan menyesal sampai ke mati sebab benda yang pernah kau banggakan dulu.
  • tak payah nak heboh satu kampung yang kau dah tak virgin sebab yang baca entri kau kawan-kawan kau, saudara-saudara kau.
  • biar muka buruk macam asal perangai tak buruk.
  • kalau mak bapak kau baca pengakuan berani kau tuh agak-agak, mak bapak kau sedih tak? silap haribulan, kau pulak yang kena halau keluar dari rumah.
  • tahniah sebab kau dah jadi glamer macam artis. lepas neh mesti ramai yang mintak otograf kau.
  • semua orang pernah melakukan kesilapan dan tak payah nak bangga dengan kesilapan yang telah kau lakukan.
  • delete jek entri tuh sebelum benda neh akan jadi rumit.
  • budak baru nak UP, semua benda nak diceritakan. bila takda dara, bangga gila sebab kau ingat kau ikut peredaraan semasa.
  • jangan nak cakap pasal maruah diri kalau kau sendiri pon tak tahu apa itu maruah diri.
  • pelacur pun takkan mengaku yang dia pelacur sebab tak mahu orang pandang hina. tapi yang kau neh apesal pulak?



notakukukakiku : takot bila jadi macam neh.