Aku Gian.

Hai.

Aku rasa aku tak normal. semenjak dua menjak neh aku rasa gian aku semakin menjadi-jadi.  teruk betul bila aku tak dapat nak kawal gian aku neh. kalau aku tak dapat benda tu sehari memang aku akan jadi sasau.
aku kena pastikan yang aku tiap-tiap hari dapat benda tu. adeiii...susah jugak bile macam neh. dulu takde laa gian macam neh. tapi sekarang keadaan dah berubah. kak Liza yang ajar aku ambil benda tu. sekarang gian aku tak boleh dikawal. Ya!aku kena salahkan kak Liza kerana dia yang buat aku jadi macam ni. aku bukan gian dengan benda mengarut lain. aku bukan gian dengan dadah. gian dengan hidu gam. gian dengan ice. gian dengan pil-pil yang macam-macam sekarang neh. aku cuma gian dengan MILO yang WAK JAWA tu buat kat cafe bawah opis aku. mana ek dia pergi sebab sejak dia dah tak kerja situ memang aku dah tak boleh minum milo sedap lagi. kakak indon yang buat milo aku sekarang tak sedap. aku nak milo wak jawa tuh. nak jugak. nasib baik aku tak gian benda mengarut lain.


meleleh betol tengok milo neh~

notakukukakiku : aku tahu wak tuh dah jampi aku punya milo. tapi aku tak peduli. aku gian air milo wak. 


2 comments:

  1. emm memang kena jampi pun..semoga gian ni tak melarat..

    ReplyDelete
  2. jom laa banje milo...syuk kan dah kaye.....

    ReplyDelete